Countdown

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Vacation tickers

Sunday, February 17, 2008

Hanya untuk ketawa

Ayah dan ibu sangat marah ketika mengetahui anak perempuan mereka hamil.

"Siapa si bedebah itu!" jerit sang ayah, sedang si ibu menangis. "Suruh dia datang ke sini!"

Si anak pun menelefon lelaki yang menghamilinya.

Setengah jam kemudian sebuah Ferrari merah berhenti di depan rumah.Seorang lelaki separuh baya keluar dari kereta, memberi salam lalu masuk ke rumah. Lelaki itu berhadapan dengan ibu dan ayah perempuan yang telah dihamilinya.

Dia berkata, "Saya lelaki yang telah menghamili anak anda. Tapi terus terang saya katakan saya tidak dapat menikahi anak anda kerana isteri saya tak mengizinkan" .

"Namun bagaimanapun, saya akan bertanggung jawab. Sekiranya anak anda melahirkan seorang bayi perempuan saya akan wasiatkan untuknya dua buah supermarket, sebuah hotel dan wang tunai. Sekiranya dia melahirkan anak lelaki saya akan wasiatkan untuknya dua buah kereta mewah, dua buah supermarket, dua buah hotel dan wang tunai...

Tapi sekiranya anak anda keguguran apakah yang harus saya lakukan?"Sang ayah berfikir. Si ibu berhenti menangis.

Akhirnya sambil menepuk bahu lelaki itu, sang ayah berkata,"Kalau keguguran, kamu cuba lagi ya!!"

4 comments:

bZbee said...

silakak....kekekekek...pandai juga the ferari man ya...

queen quirin said...

ya bijak....bijak...

Nessa said...

Sporting juga sang ayah tu ah :) Kalau bapa sia, suda dia tembak itu lelaki yang ada Ferrari tu!

queen quirin said...

bukan apa tue tapi $$ tue yang penting